Isu Penggunaan Kalimah Allah

Isu menggunakan kalimah ‘Allah’ oleh Herald-The Catholic Weekly. Telah menimbulkan reaksi kurang senang bagi umat Islam di Malaysia. Isu ini juga menyebabkan huru-hara dibeberapa tempat. Tindakan merosakkan gereja satu tindakan yang bodoh. Perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan tindakan tersebut. Kita masih tidak tahu siapa melakukannya, tetapi sebagai umat Islam kita perlu bertindak mengikut ajaran agama. Apa salahnya kita sama-sama bersolat hajat dan banyak-banyakkan berdoa agar keputusan mahkamah menyebelahi kita.

Tetapi bagi pendapat saya, selagi Hakim bukan dari orang Islam keputusan mungkin tidak menyebelahi kita.Bukan saya tidak hormati keputasan mahkamah, cuma saya cadangkan supaya mahkamah melantik beberapa orang hakim dari pelbagai agama untuk mengadili supaya keputusan lebih telus dan adil.Pada rakyat lain, saya nasihatkan hentikan segala aktiviti merosakkan harta benda ini tidak kira apa jua tujuan sama ada isu agama atau mainan politik sekalipun. Kita tunggu sahaja keputusan mahkamah dan hormati apa segala keputusan yang telah dibuat.

Advertisement



Leave a Reply