Facebook Punya Pasal

Berita semalam,tetapi aku sempat tulis hari ni. Masa menempuh jem ke tempat kerja aku dengar berita di sinar.fm. Seorang remaja ditahan polis kerana mengaku di dalam facebook bahawa dia telah membakar gereja yang seperti dilaporkan sebelum ini. Tetapi setelah disoal siasat polis, remaja terbabit dilepaskan kerana hasil siasatan bahawa remaja terbabit hanya bergurau. Itu la, lain kali cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Dia ingat post dekat wall facebook dia seorang sahaja nampak, beribu-ribu orang membacanya. Bukan satu Malaysia boleh baca,bahkan satu dunia.

Jadi pesan aku, berhati-hati bila mengeluarkan statement. Aku juga berhati-hati dalam penulisan blog ini walaupun dalam hati ini macam-macam hendak diluahkan. Takut jadi macam Raja Petra. Dia tidak mengapa sebab terkenal, aku ini siapa? Kalau kena tangkap, siapa hendak jamin? Mak aku? Confirm dia cakap, padan muka kamu. Duduk dalam penjara, baru berakal sikit :p

Advertisement



Leave a Reply