Burj Khalifa Menara Tertinggi Didunia

Semalam dengan rasminya Burj Khalifa memegang rekod sebagai menara tertinggi di dunia mengalahkan Menara Willis di Chicago, bangunan yang pernah memegang rekod paling tinggi yang dikenali di Amerika Syarikat sebagai Sears Towers. Burj Khalifa semasa pembinaannya dikenali sebagai Burj Dubai siap dibina dengan ketinggian 828 meter dan mempunyai 160 tingkat.Melebihi 60 tingkat dari menara Willis.

Ia diberi nama Burj Khalifa sempena nama Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahayan.Sheikh Khalifa juga adalah pemerintah Abu Dhabi, negara sekutu UAE yang membantu menyuntik AS$10 bilion tahun lalu untuk menyelamatkan syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World.

Advertisement

Leave a Reply