Blogger Pengecut

Malam tadi aku tonton Suara Siswa di TV1 di host oleh Dr Fadzley dan tetamu jemputannya bekas VC UiTM, Dato Ibrahim Abu Shah dan beberapa MPP dari UMP,USM dan UM. Tajuk dibincangakan ialah mahasiswa menggugat.

Aku ingin memetik kata-kata Dr Fadzley bahawa blogger dari golongan mahasiswa hanya lantang di dalam penulisan blog. Seolah-olah baling batu sorok tangan.

Advertisement

Aku tidak bersetuju kata-katanya. Memang betul, mereka yang membuat kenyataan di dalam blog ini jenis tidak tampilkan diri. Ada yang menggunakan nama samaran. Tetapi, kalau mereka tidak menggunakan blog sebagai platform meluahkan ketidakpuasan hati, mana lagi mereka ingin suarakan?

Hendak diluahkan kepada pihak universiti, siapalah mereka untuk mengadu. Tetapi bila mengadu ke MPP seperti anjing menyalak bukit. Aku bercakap berdasar pengalaman. Aku juga pernah menjadi mahasiswa.

Pernah aku dan rakan-rakan aku tidak puas hati dalam suatu perkara. Kami sangkakan dengan adanya rakan dari fakulti menjadi Ketua MPP memudahkan kami bersuara, memang salah sama sekali sangkaan kami.Suara kami tidak sampai ke pihak atasan. Kami salah memilih wakil atau wakil juga tidak berani bersuara?

Jadi kemana suara-suara mahasiswa ini hendak dilontarkan? Maka blog jadi platformnya. Soal baling batu sorok tangan tidak timbul selagi mahasiswa tidak diberi platform yang betul untuk bersuara.



Leave a Reply