Adnan Sempit

Weekend aku buat ape yer. Sabtu duk umah tengok tv tengok istiadat pemakaman sultan Johor. Dari kul 11 aku tengok sampai 4 ptg. Tapi aku bukan tengok full. Aku tengok dari start jenazah diarak ke tanah perkuburan. Lama jugak, last ttido.Bangun2 tengok dah baca talkin.Mari kita sedekahkan al-fatihah kepada almarhum.

Ahad aku g tengok Adnan Sempit kat IoI mall Puchong. Punya lama aku nak tengok cite ni coz asyik owg komen kata best2, aku tengok the making pon macam best. Lepas makan tengah ari terus gerak. Aku tengok wayang di apit dengan 2 owg aweks. Tp sorg 2 bukan digelar awekz coz tunang owg.hehe..

Advertisement

Sampai sana dalam kul 2.00 tayangan kul 2.15. Kira aku sampai tepat pada masanya. Adnan sempit bukan mengisahkan mat rempit, ini merupakan cerita cinta adnan. Adnan lakonan Shaheizy Sam, Macha sebagai pak sedara adnan dilakonkan Cat Farish. Adnan bekerja di sebuah syarikat sebagai pion tp tangkap cintan dengan bos dia Nadia lakonan Intan Ladyana. Ha, nama pelakon2 ni aku amik kat internet jer. Korang kan tau aku ni jenis x igt nama. Nama artis, lg ler.

Keseluruhan citer ni. Sangat best. Lawok dia x mcm senario. Senario lawak bodoh. Cite ni lawak sempoi dan boleh membina. Ayat si adnan pon dah boleh buat aku pecah perut. Ayat sempoi. Kira lakonan Shaheizy Sam 2 menjadi ler.Nampak macam natural ker. Siap ade adegan mat rempit buat video 3gp.haha..giler la. Malas aku citer panjang2 korang tengok ler sendiri.Percaya ler, klu cite 2 aku kata lawok.kompem lawak.

Serbulah wayang berdekatan anda.Dimana ade kemahuan, di situ ade highway. Aku bagi 3 bintang dar 5.Alo standard ler cite melayu. X leh bagi bintang banyak2 sgt. Malam ni aku nak tengok tooth fairy lak kat 1 Utama. Nanti aku bg review cite 2 kat korang.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply