Senario The Movie Episode 2: Beach Boy

Cerita ini mula di tayangkan di pawagam 19 November 2009. Aku sempat tengok hari sabtu lalu iaitu sehari selepas Hari Raya Aidiladha. Nasib baik orang belanja, kalau tidak aku rasa kerugian besar kerana membayar tiket tetapi menonton cerita tahap lawak jalanan.

Senario The Movie episode 1 aku rasa lebih baik berbanding episode 2 ini.Epsiode 1 jalan cerita agak menarik juga la kerana mengisahkan jalan seni senario itu sendiri. Tetapi episode 2 ini agak merepek juga ceritanya. Lawak juga kebanyakkan lawak bodoh berserta memek muka azli yang agak menyampah aku lihat.

Advertisement

Aku rasa David Teo patut cari formula lain untuk jadi kaya. Senario sudah hilang sengatnya kerana lawaknya sudah lapuk. Idea sudah habis untuk untuk menghiburkan orang. Tapi cerita ini lebih baik sikit berbanding Sifu dan Tongga yang agak menyampah dengan lawak-lawok bodoh yang dibuat-buat

Daripada membazirkan duit membuat senario berepisod-episod di pawagan, baik teruskan sitcom Senario di dalam TV seperti yang ditayangkan di TV3 dan Astro Ceria.Jangan buat sesebuah cerita terlampau penuh dengan lawak sampai orang naik menyampah. Akhir kata, majulah filem untuk negara.

Leave a Reply