MOL Beli Friendster

Mungkin ramai sudah ketahui yang mana Friendster telah pun dimiliki oleh syarikat daripada Malaysia, MOL Global, dan ianya diura-urakan yang mana Friendster telah dimiliki pada harga lebih kurang $100 juta, namun sebenarnya, ianya dimiliki pada harga hanya 39.5 juta sahaja.

TechCrunch melaporkan, yang mana beberapa sumber-sumber boleh dipercayai mengatakan yang mana Friendster hanya dibeli pada harga $39.5 juta, dan hanya bernilai $26.4 juta selepas menolak beberapa kos sebanyak $13.1 juta. Amat mendukacitakan kerana sebelum ini, Friendster dikatakan bernilai antara $98 juta hingga $273 juta, dan ianya telah dijual pada harga kurang $40 juta sahaja.

Advertisement

Sebelum ini, pada tahun lepas, Friendster telah ditawarkan sebanyak $150 juta, tetapi telah ditolak oleh pihak Friendster, dan pada tahun 2003 mereka telah menolak tawaran Google yang bernilai sebanyak $30 juta. Buat masa ini, masih tiada angka rasmi daripada pihak Friendster dan juga MOL Global.

Tapi yang menghairan saya, mengapa MOL hendak membeli Friendster sedangkan mereka sedar bahawa pengguna laman web sosial makin berkurang? Atau memang tabiat orang Malaysia membeli barang terpakai atau tidak laku seperti contoh kapal selam, kapal terbang, kereta api dan sebagainya.

Bagaimana dengan nasib Facebook yang kini angkuh.Adakah mereka akan senasib dengan dengan Friendster? Hanya masa menentukannya

Leave a Reply