Kemalangan Jalan Raya

Kelmarin negara dikejutkan dengan kemalangan bas express dua tingkat di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ipoh.Tidak sampai 24 jam kemalangan di Parit Bunga, Jalan Muar-Tangkak melibatkan sebuah van.4 beranak maut dalam kejadian tersebut.

Banyak kemalangan berlaku ditambah lagi ketika musim perayaan. Setiap kali aku balik kampung pasti aku melihat kemalangan. Semalam sahaja aku lihat 2 kemalangan yang jaraknya kedua-dua kemalangan tidak sampai satu kilometer.Salah siapa perkara ini berlaku? Adakah sikap pemandu, pihak berkuasa atau keadaan jalan?

Advertisement

Bagi aku semua bertanggungjawab dalam soal ini.Terutama sekali pemandu yang memandu mengikut perasaan. Bila kita didalam kesesakan lalu lintas, kita akan merasa bosan dan tekanan oleh sebab itu selepas melepasi kawasan jem tadi, pemandu cenderung memecut dengan laju. Selalunya yang menyebabkan jem ini adalah sikap sesetangah pemandu yang membawa kereta terlalu perlahan menyebabkan kereta lain memotong digarisan berkembar atau lorong kecemasan.Ada sesetengah pemandu pula yang memandu pelahan dilorong kanan menyebabkan penyebab pemandu lain naik berang.

Ada sesetangah pemandu bas expres pula memandu seperti membawa nyawa mereka seorang sahaja. Mereka tidak sedar bahawa terdapat banyak nyawa di belakang. Ketika saya balik ke kampung baru-baru ini sebuah bas expres memotong kereta lain namun terdapat kereta di arah bertentangan lalu dia segera masuk kelorong semula dan menghimpit kereta saya.Saya terpaksa mengelak kebahu jalan.Nasib baik bahu jalan tidak ada apa-apa kalau tidak, tidak pasal-pasal saya jadi mangsa.Selalunya perkara ini berlaku kepada syarikat bas yang tidak ternama.

Selain itu pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan.Seperti contoh, selalunya jem berlaku di persimpangan lampu isyarat. Sepatutnya pihak polis perlu mengambil peranan mengawal lalu lintas. Pernah saya melihat polis sibuk membuat sekatan jalan raya sedangkan persimpangan berdekatan sesak tidak diendahkannya. Ada sesetengah kawasan lampu isyarat rosak namun seorang polis trafik tidak kelihatan. Bila berlaku kemalangan baru muncul. Saya galakkan polis membuat sekatan jalan raya untuk menguatkuasakan undang-undang namun jangan sampai tugas lain diabaikan semata-mata untuk mendapat duit dengan menyaman orang.

Salah satu punca kemalangan adalah keadaan jalan.Kalau anda semua pernah melalui jalan meru ke teluk intan. Pasti anda melihat keadaan jalan yang macam kena bom. Ada sesetagah jalan mendak dan tidak sekata. Serta sesetangah jambatan mempunya lubang yang dalam.Ini boleh menjadi salah satu punca kemalangan kerana pemandu akan brek secara mengejut atau cuba mengelak lubang ini. Pihak JKR perlu membaiki jalan tersebut bukan setakat meletak papan tanda awas jalan rosak. Kalau macam itu saya juga boleh jadi pekerja JKR sebabnya kerjanya mudah.Menempah papan tanda, pasang dan kuar pergi makan.

Jadi marilah kita berkerja sama dalam perkara ini.Saya timbulkan isu ini adalah kerana sahabat saya baru sahaja maut dalam kemalangan ngeri ketika memandu kerete ketempat kerja. Sama-sama kita usahakan untuk azam tahun baru ini.Insyallah..

Leave a Reply