Friendster New Look

Wah! Friendster telah berwajah baru dan berlogo baru. Sebelum ini aku perasan yang dia menambah bar untuk chat kat bawah browser macam facebook tapi cuma support untuk browser Internet Explorer. Selain itu homepage juga bertukar untuk latest update.Sekarang perubahan yang amat ketara kerana melibatkan interface dan logo

Bersusah payah Friendster membuat penjenamaan semula kerana pengguna Friendster dah makin berkurang.Aku juga telah lama tidak update friendster aku dan baru-baru ini aku telah membatalkan akaun aku di friendster

Advertisement

Anda mungkin tahu sebab apa pengguna laman sosial Friendster berkurang. Jika ada yang tidak tahu atau tidak sedar aku terangkan. Sekarang deman Facebook telah melanda dunia. Orang lebih berminat konsep Facebook yang menggunakan wall dan terdapat aplikasi-aplikasi sampingan. Selain itu teknologi AJAX menarik minat sume pengguna kerana proses loading page agak cepat. Ini kerana kita tidak perlu ke page lain untuk post comment,cuma click dan form akan keluar di bawah.Wall anda akan diupdate sentiasa tanpa di refresh.

Disebabkan itu, friendster mula meniru konsep Facebook kerana mungkin mereka melihat pengguna lebih suka konsep itu.Tapi adakah dengan perubahan Friendster itu dapat menarik pengguna baru atau pengguna lama kembali ke Friendster? Aku rasa tidak kerana aku sendiri tidak berminat.Tapi kita tunggu masa menentukan, mungkin orang akan bosan dengan Facebook atau Facebook tidak menjaga privasi kita.Kita tunggu dan lihat dan mencari idea untuk mencipta konsep baru untuk rakyat Malaysia sendiri

Leave a Reply