Twitter & Facebook Najib

Ada kemajuan pemimpin Malaysia sekarang. Mereka juga tidak ketinggalan dalam arus perdana kemajuan ICT di Malaysia. Bermula dengan mantan perdana menteri Tun Mahathir dengan blognya http://chedet.co.cc/Dato’ Seri Najib juga tidak ketinggalan dalam bidang ICT. Langkah pertama dengan blognya 1Malaysia.

Blog ini sangat interaktif dan berinformasi.Dengan susun atur dan warna blog ini menarik minat sesiapa sahaja melihat. Jika dibandingkan Portal Rasmi kerajaan Malaysia dengan blog 1Malaysia, aku lebih berminat dengan blog 1Malaysia ini kerana susun aturnya kemas dan gambar dan ikon digunakan lebih cantik berbanding portal rasmi kerajaan yang lebih nampak berserabut dan mudah ‘lost’ serta gambar digunakan sungguh kabur dan kusam.

Advertisement

Mengenai 1Malaysia, ia sudah menjadi buah mulut semua rakyat Malaysia. Sampai di televisyen dan di jalan raya penuh nombor 1 bersalut jalur gemilang ini. Tapi bukan semua tahu tentang konsep 1Malaysia. Aku juga tidak tahu sepenuhnya. Teringat aku masa temuduga du UiTM. Masa itu Najib baru menjadi perdana menteri, tiba-tiba penemuduga tanya tentang konsep 1Malaysia. Aku yang tidak tengok berita malam tadi jawab ikut sedap mulut sahaja.Alhamdulillah betul jawapan aku, siap boleh sembang meleret-leret.

Baiklah kita sambung pasal topik tadi. Najib juga mengorak dua langkah terus dengan membuat akaun twitter dan facebook. Tetapi yang aku tidak puas hati sekarang kenapa UiTM sekat access untuk laman facebook. Macam mana hendak menggalakkan staf turut serta dalam kumpulan yang ditubuhkan Najib


Leave a Reply