Streamyx VS W1MAX

Ya persaingan hebat antara Streamyx dengan W1MAX. Masing-masing main potong memotong. Macam perlumbaan kereta F1 pula tetapi tidak. Potong memotong ini
terjadi pada iklan kedua-dua syarikat broadband ini.
Anda rasa sapa menang. Sudah tentulah streamyx kerana coverage mereka telah meluas ke seluruh Malaysia sedangkan W1MAX di Lembah Klang dan beberapa kawasan utama lain.

Tetapi saya suka melihat persaingan macam ini kerana saya dapat melihat Streamyx mula rasa tergugat dengan promasi besar-besaran W1MAX ini. Tentu anda penah melihat iklan “POTONG” di TV3 jam 8.30 malam. Walaupu iklan bunyinya lawak tetapi memberi kesan kepada pengguna.Streamyx juga mula keluar iklan potong dengan memberi pandangan berbeza menyatakan kerugian memotong.

Advertisement

Persaingan seperti ini mengurangkan rasa ego syarikat telekomunikasi ini dengan produk streamyxnya yang bagi saya perkhidmatannya tidak sebagus mana tetapi meletakkan harga langganan yang mahal. Di Malaysia, yuran langganan perkhidmatan jalur lebarnya masih tinggi berbanding negara lain. Dengan kerajaan mengeluarkan modal yang banyak dalam Budget 2010 untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar ini, saya berharap dapat meningkatkan perkhidmatan dan mengurangkan yuran langgangan tersebut kerana setiap pelanggan mahukan “value for money”.




Leave a Reply