Program Mengganti Charger Nokia

Nokia mengumumkan akan menggantikan beberapa model pengecas telefon kerana mengetahui bahawa penutup plastik pengecas tersebut boleh longgar dan tercabut. Ini akan menyebabkan pengecas tersebut terdedah kepada kejutan elektrik.Walaupun tiada kejadian tidak diingini dilaporkan setakat ini, Nokia mengambil langkah awal membuat program penukaran secara percuma.


Pengecas-pengecas yang terlibat adalah keluaran dari 15 Jun 2009 hingga 9 Ogos 2009. Antara model-modelnya adalah AC-3u dan AC-3E. Selain itu keluaran 13 April 2009 hingga 25 Oktober 2009, model AC-4U.

Advertisement

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Charger Exchange Program untuk senarai model yang terlibat dan cara-cara memeriksanya.



Leave a Reply