Calon SPM dihalang guna kalkulator

TELUK INTAN: Seramai 89 ibu bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (Smart) di sini kesal dan kecewa dengan tindakan penyelia peperiksaan sekolah itu menghalang calon menggunakan kalkulator jenis Casio 570ES dan Casio 570MS untuk ujian Matematik 1 dan Matematik 2, semalam.

Selain ibu bapa, ada calon dikatakan menangis ketika keluar dari dewan sekolah kerana terlalu kecewa berikutan calon lain di semua 23 pusat peperiksaan di daerah Hilir Perak tidak dikenakan larangan berkenaan.

Advertisement

Pengawal keselamatan dari Kampung Selabak, Hamzah Jumari, 55, berkata anak perempuannya menangis teresak-esak ketika menelefonnya jam 9.30 pagi sambil memintanya segera membelikan satu mesin kira-kira jenama Casio model 350.

“Dia memberitahu saya ketua pengawas pusat peperiksaan melarang calon menggunakan model 570 dan hanya model 350 saja boleh digunakan.

Petikan Akhbar Barita Harian

Aku rasa undang-undang ini sudah lama dibuat cuma ade sesetengah pengawas peperiksaan mengambil langkah sambil lewa tentang perkara ini. Tetapi dari kes diatas terlalu kejam pengawas peperiksaan tersebut membiarkan calon mencari sendiri kalkulator.

Aku mengambil SPM pada tahun 2004. Memang kami sedia maklum bahawa Casio model 570 tidak boleh digunakan ketika peperiksaan. Aku juga memiliki casio model ini dah digunakan dalam proses pelajaran dan pembelajaran kerana casio model ini amat banyak fungsinya. Pelajar tidak perlu menulis proses kira-kira di atas kertas untuk mendaptkan jawapan.Cukup sekadar menekan beberapa kekunci.Jawapannya hanya di hujung jari anda.

Tetapi dalam peperiksaan, saya menggunakan model dibenarkan iaitu casio model 530. Namun ade sesetangah calon menganggap pengawas peperiksaan tidak ada masa untuk memeriksa jadi mereka mengambil langkah berani menggunakan model yang tidak dibenarkan. Maka ramailah yang tidak boleh menggunakan kalkutator

Nasib menyebelahi mereka kerana ketika itu masih dalam sesi persekolahan, jadi guru sekolah tersebut mengambil inisiatif dengan meminjam dari pelajar lain di sekolah tersebut.Jadi untuk kes seperti ini,guru-guru perlu bertanggungjawab memberitahu tentang perkara tersebut.Selalunya sebelum menghadapi peperiksaan pihak sekolah akan menganjurkan bengkel menjawab soalan, jadi disitu boleh ditekan tentang perkara ini.Pihak pengawas peperiksaan pula jangan mengambil langkah sambil lewa tentang perkara ini.

Leave a Reply