Caj Kad Kredit

PENIAGA pada prinsipnya dilarang daripada mengenakan caj tambahan kad kredit atau ‘surcaj’ kepada pelanggan yang membeli barangan menggunakan kad kredit, persidangan Dewan Rakyat, diberitahu semalam.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, berkata larangan ke atas pengenaan caj tambahan selaras dengan peraturan syarikat penjenama kad seperti MasterCard Worldwide dan Visa International, serta dalam syarat perjanjian di antara peniaga dan institusi pemeroleh peniaga.

Advertisement

“Pemegang kad sebenarnya berhak memaklumkan kepada institusi pemeroleh peniaga atau pengeluar kad kredit yang berkenaan mengenai pengenaan caj tambahan dengan mengemukakan bukti, contohnya resit bayaran yang menyatakan jumlah caj tambahan itu supaya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya boleh diambil oleh institusi pemeroleh peniaga, ke atas peniaga yang berkenaan.

“Pemegang kad juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli barangan daripada peniaga yang mengenakan caj tambahan,” katanya menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat, semalam.

Abdul Rahman ingin tahu mengapa kedai dibenarkan mengenakan caj tambahan sebanyak dua peratus kepada pembeli yang menggunakan kad kredit dan menyifatkan tindakan itu sebagai ‘rompakan siang hari’. – Bernama

Petikan dari akhbar metro

Baru aku tau bahawa tidak boleh mengenakan caj tambahan kepada pembeli. Selama aku menggunakan kad kredit, aku tidak kisah walaupon pernah dikenakan caj sehingga 3%.Selalunya perkara ini terjadi apabila kita menggunakan kad untuk membeli barangan yang mahal sehingga beratus-ratus ringgit.Bayangkan kalau dikenakan caj 3% dari harga belian.

Aku pernah bertanya kepada pekedai mengapa dikenakan caj sedangkan kami juga dikenakan caj oleh syarikat kredit kad? Dia berkata, caj itu dikenakan oleh pihak syarikat kredit kad tersebut apabila mereka hendak claim bayaran tersebut jawab pekedai tersebut

Caj itu pula dikenakan ikut jenis kad anda samaada classic,gold atau platinum.Lagi dasyat kad anda lagi tinggi caj dikenakan kerana mereka tahu bahawa orang yang menggunakan kad platinum mempunyai pendapatan yang tinggi.

Pekedai ini seperti menanggung air yang keruh dengan mengenakan caj kerana ingin mengaut untung dengan menyuruh pengguna menanggung kos.Seperti kedai francais, mereka mengenakan kita cukai kerajaan kepada kita.Sebab itu aku beranggapan bahawa mengenakan caj itu satu perkara yang halal.Tetapi bagaimana kita hendak membendung perkara ini? Sedangkan pihak pekadai memasukkan caj tersebut didalam harga barang. Bagaimana pembeli ingin membuat aduan?Adakah semua pengguna kad kredit sedar akan perkara ini?Dan yang paling utama, terdapatkah kedai tidak mengenakan caj?




Leave a Reply