Free Web Counter

Aku perhantikan ramai blogger menggunakan Widgeo sebagai web counter diorang.Sampai widgeo terpaksa beli server baru bagi menampung jumlah penggunanya yang makin bertambah. Adakah anda perasan bila anda memakai widgeo apabila anda mengklik page anda, akan menjelma popup iklan.Tapi memang patut mereka mengeluarkan iklan sebab korang guna perkidmatan mereka secara percuma. Kos untuk server mereka pon beribu-ribu.Jadi bagi menanggung kos itu mereka buat iklan popup macam itu.Tetapi kadang-kadang aku rasa rungsing jugak.

Selain widgeo, masih terdapat banyak lagi web counter yang memberi perkhidmatan secara percuma.Antaranya EasycounterFreelog, TinyCounter dan banyak lagi. Tetapi kebanyakkan mengeluarkan Web Counter atau Hit Counter yang simple. Hanya mengeluarkan bilangan pengunjung sahaja berbanding widgeo yang mengeluarkan secara terperinci iaitu jumlah pengujung hari, keseluruhan,online dan yang paling disukai adalah jumlah mengikut negeri.


Tetapi report itu selalunya tidak menjadi perhantian kepada pengunjung. Cuma tuan punya atau admin blog sahaja yang melihatnya. Jadi tidak menjadi masalah pengujung lain tidak melihat secara terperinci.Pernahkah anda dengar TraceMyIP.org? Saya lebih suka menggunakan ini kerana report dia secara details seperti mengunjung dari mana,ip pengujung,kedudukan geografi pengujung,dari website mana dia datang atau dari carian mana dia jumpa.Report itu pula boleh diexport dalam excel.Perkhidmatan diberikan adalah percuma selama setahun dengan menghadkan kepada beberapa kemudahan sahaja.

Advertisement

Google sendiri mengeluarkan web statistik secara percuma di Google Analytics. Anda cuma perlu memasukkan java script kedalam web page anda.Pada pengguna wordpress tidak perlu kuartir kerana statis sudah terpapar di Dashboard.Entah bilakah Blogspot juga hendak membuat seperti itu.

Leave a Reply