AVG Free Edition 9.0 Bahasa Melayu

Aku baru lepas format komputer aku dekat kampung. Aku malas hendak menggunakan anti virus yang pirate sebab selalu sangat lesen di blacklisted. Jadi untuk memudahkan orang menggunakan komputer ini untuk mengupdate antivirus aku pakai AVG Free walaupun benda yang percuma perkhidmatan tidak sebagus yang berbayar.

Aku tidak kisah semua itu. Cuma hendak bagi cukup syarat sahaja lagipun komputer ini tidak digunakan secara optima. Sekadar untuk download, main game and surf web.Jadi tahap keselamatannya tidak perlu kuatir.AVG Free secara diinstall secara online berbanding dulu kita kena download dulu fail installasinya kedalam komputer ini. Kaedah yang sama apabila kita menginstall Yahoo Messenger.

Advertisement

Aku saja mengambil bahasa melayu sebab pertama kali aku tengok software popular dalam bahasa melayu selain Windows XP dalam bahasa melayu yang pernah dikeluarkan dahulu.Memang payah kita untuk memahami perkataan-perkataan dalam AVG bahasa melayu ini walaupun kita memang teror berbahasa melayu.Macam manalah kalau aku menggunakan Windows XP dalam bahasa melayu, mesti susahkan?

Jadi dalam soal sains dan teknologi kita perlu mempelajarinya dalam bahasa inggeris kerana kita sudah terbiasa menggunakan frasa-frasa inggeris dalamnya. Akan menjadi pelik dan sesetengahnya tidak memahami apabila kita menyebut cakera keras atau inggerisnya harddisk.Oleh itu aku begitu hampa dengan keputusan kerajaan menghapuskan PPSMI. Bukan tidak menyokong bahasa sendiri tetapi takut pelajar kita di tau frasa-frasa inggeris yang banyak digunakan dalam bidang sains dan teknologi

Leave a Reply