Laman Web Malaysia Digondam

Semalam hampir 120 laman web dari Malaysia telah digondam termasuk domain bagi pendidikan Malaysia dan laman pelancongan. Hari ini kebanyakkan laman web tersebut telah pulih seperti sediakala.

Dengan lagu kebangsaan Indonesia dimainkan sebagai muzik latar, laman web risalah berkenaan digodam ditandatangani oleh M364tron dan berkata: “Satu demi satu anda mengambil budaya kami, namun kami tidak akan diam. Anda masih menjadi sasaran utama kami.”


Hari ini tepat tangal 31 Agustus 2009, Negara yang sangat tidak creative, negara yang suka mencuri kebudayaan indonesia, negara yang warganya suka menjadi dalang pengeboman di indonesia, negara yang telah banyak menyiksa saudara kita para TKI yang menumpang mencari nafkah di negara tersebut, negara yang telah melecehkan lagu kebangsaan kita, negara yang telah banyak menghina-hina indonesia di internet, negara yang telah mencuri pulau sipadan & ligitan dari negara kita, negara yang telah banyak memasuki perairan kita tanpa izin, negara yang mendapatkan kemerdekaan nya dari inggris, telah merayakan hari kemerdekaan negaranya.

Kami sebagai warga negara indonesia yang baik akan ikut memeriahkan kemerdekaan negara tersebut dengan cara kami sendiri. Yah tepat cara kami sendiri, Cara kami memeriahkan hari ulang tahun negara tersebut adalah dengan melakukan mass deface terhadap site-site negara tersebut”

Petikan ini ditulis didalam sebuah blog yang menyenaraikan laman-laman web yang telah digondam.Insiden terbaru yang membayangkan kehampaan berterusan selepas Kuala Lumpur didakwa menggunakan tarian tradisi republik itu untuk mempromosi pelancongannya.




Apa yang aku hendak aku tekankan disini, kenapa mereka hendak perbesarkan perkara ini. Adakah mereka sedar bertapa ramainya rakyat mereka di Malaysia ini. Kerajaan malaysia tidak menghalang atau mengutuk mereka jika meraka datang dengan cara yang betul.

Jika jumlah pendatangan asing dari sana sama ramai dengan jumlah penduduk di Malaysia, aku percaya dalam masa akan datang kita tidak dapat bezakan budaya kita dengan budaya mereka, orang kita dengan orang mereka.

Kenapa perlu perbesarkan perkara remeh tersebut? Sedangkan perkara tersebut boleh diselesaikan dengan memohon maaf dan tidak menyiarkan dokumentari tersebut. Tidakkah mereka sedar yang kita sedang berada di dalam bulan ramadhan. Tidakkah mereka sedar bencana gempa bumi sebagai amaran atau pentunjuk dari Allah supaya kita tidak bertindak ikut perasaan.

Aku berharap perkara ini tidak belarutan. Kita kan serumpun. Jadi kita kekalkan perpaduan tersebut untuk kebaikan kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *