Program Jelajah Johor capai matlamat

SEBAHAGIAN peserta Jelajah Johor 2009 bergambar di Danga Bay Johor Bahru baru-baru ini.

EKSPEDISI. Unit Media dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor (Medkom) dengan kerjasama Prestige Consultant telah mengadakan program Jelajah Johor 2009 baru-baru ini.

Pengarah program, Mohd Fadzli Abu Bakar berkata, seramai 50 peserta terdiri daripada ahli Myvi Extreme Club Malaysia, jurufoto, mahasiswa, profesional dan penulis menggunakan 25 buah kereta Perodua MyVi dari Danga Bay ke Kota Tinggi dan Mersing selama dua hari bermula 16 Mei lalu.

Advertisement

Katanya, antara objektif program tersebut ialah menimba pengalaman dan mendedahkan peserta mengenai tempat menarik di Johor selain mendekati masyarakat setempat.

Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat yang mana salah satu daripada tempat persinggahan mereka ialah di Desa Bina Diri di Mersing yang merupakan pusat perlindungan, penjagaan dan pemulihan bagi pengemis dan kutu rayau.

Dalam lawatan berkenaan, ahli dari Myvi Extreme Club Malaysia menyumbangkan dua buah kerusi roda kepada pusat jagaan tersebut manakala Southern Lion Sdn. Bhd. pula turut menyumbangkan produknya bagi kegunaan penghuni pusat jagaan itu.

Petikan dari akbar Kosmo bertarikh 21 Mei 2009

Any enquiry?
Please visit our official website http://myvixtreme.com/ or join forum http://myvix.4umer.com/

Leave a Reply